Pasti ramai masih ingat lagi dimana para siswazah meluahkan rasa tidak puas hati apabila Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Pakatan Harapan (PH) didakwa melanggar janji manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 14 untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman wang PTPTN.

Nampaknya isu tersebut masih tiada kesudahan lagi, apabila lima individu bertindak menfailkan saman terhadap PTPTN dan PH yang didakwa gagal melaksanakan janji tersebut.

BACA: Liat Bayar PTPTN? Majikan Akan Bantu Kutip Hutang

Memetik laporan Harian Metro, lima individu tersebut adalah Andry Putra Haris, Farah Athirah Kamarozaman, Mohamad Asrol Md Jailani, Mohamad Muzakkir Mohamad Ali, dan Mohammad Aswad Sobri, dimana masing-masing berusia 27 hingga 34 tahun.

Mereka menamakan PTPTN selaku defendan pertama, PH selaku defendan kedua dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.

Berdasarkan penyataan tuntutan, kelima-lima mereka mendakwa janji manifesto ditaburkan calon parti bertanding tidak dilaksanakan dalam tempoh 100 hari seperti dijanjikan.

Antaranya termasuklah menangguhkan balik pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000 sebulan.

Mereka juga mendakwa janji diberikan defendan kedua iaitu PH dalam buku harapan adalah kontrak yang mengikat plaintif dan masyarakat untuk mengundi PH pada PRU lalu.

Sehubungan itu mereka menuntut satu deklarasi bahawa janji ketika pilihan raya dan atau manifesto pilihan raya adalah satu kontrak mengikat kepada parti politik yang menang pilihan raya itu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥