Tidak tahan sering dihina kerana tidak pandai memasak, seorang wanita mengambil keputusan membunuh lima ahli keluarganya. Kejadian yang berlaku di Mahd, daerah Raidad India itu menyaksikan Pradnya Survase membunuh suami, ibu mertua, dua kakak ipar serta seorang biras.

Memetik laporan Hindustan Times, Survase didakwa mencampurkan racun ular ke dalam kuah dal yang dimasak sempena majlis masuk rumah baru sebelum dihidang kepada tetamu.

BACA: Bunuh Ibu Kerana Teh Dibancuh Tak Cukup Susu

Disebabkan perbuatannya itu, 88 tetamu yang hadir ke majlis tersebut kini di rawat di hospital selepas mengalami mual-mual, muntah dan sakit perut.

Menurut jurucakap polis, tertuduh dihina hampir setiap hari sejak berkahwin dua tahun lalu kerana kulitnya yang gelap dan tidak pandai memasak.

Tertuduh juga pernah bercerai dengan suami pertamanya sebelum berkahwin untuk kali kedua. Survase didakwa atas tuduhan membunuh dan konspirasi membunuh yang boleh dikenakan hukuman mati jika disabit bersalah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Ini Baru Johor”