Selalunya ais digunakan untuk melegakan bengkak, namun kajian baru mendedahkan, ais juga mampu membakar lemak.

Percaya tak, dengan meletakkan ais selama 30 minit di kawasan berlemak mampu membakar lemak dengan cepat.

Kajian yang disiarkan di The Telegraph memberitahu, keadaan sejuk mampu mengubah lemak putih iaitu lemak tepu kepada lemak coklat, lemak yang lebih mudah untuk dibakar.

Manusia mempunyai dua jenis tisu lemak. Lemak putih adalah jenis lemak yang di kawasan perut dan pinggul.

Apabila ais menukar lemak putih kepada lemak coklat dan lebih sejuk, proses pembakaran lemak akan menjadi lebih cepat.

Kajian sebelum ini juga pernah mendedahkan, mandi ais adalah terapi yang bagus untuk menghasilkan aura positif dalam diri, membakar lemak, menguruskan badan, menguatkan tulang dan menguatkan sistem imunisasi dalam badan.