Wabak misteri coronavirus kini semakin membimbangkan apabila empat warga China yang datang ke Malaysia disahkan positif wabak tersebut. Seperti diketahui, wabak tersebut merebak melalui batuk, selesema dan juga sentuhan.

Bagi mengelakkan daripada wabak tersebut, orang ramai dinasihatkan supaya memakai topeng muka setiap kali keluar dari rumah. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak tahu cara pemakaian topeng dengan betul.

BACA: 2 Kanak-Kanak Warga China Di Langkawi & 7 Anak Kapal Malindo Air Dikuarantin

Tular mengenai wabak coronavirus itu, seorang pakar dari World Health Organization (WHO) Collaboration Centre, Seto Wing Hong tampil menunjukkan cara betul untuk memakai topeng muka dengan betul dan beberapa langkah penting yang perlu diambil.

1. Bahagian warna biru di bahagian luar kerana ia kalis air. Bahagian putih di bahagian dalam kerana ia menyerap. Jika anda batuk, ia akan menyerap.

2. Pastikan ‘strip’ atau bahagian berwayar menutup bahagian hidung dan menarik bahagian bawah topeng sehingga menutup dagu. Ini untuk mengelakkan topeng terbuka ketika memakainya.

3. Cara untuk membuang topeng muka juga sangat penting. Anda perlu ingat, topeng yang sudah dipakai sangat kotor. Apabila anda ingin membuangnya, jangan sentuh topeng tersebut dan pastinkan anda basuh tangan.

Topeng muka yang berkesan untuk mencegah penyakit bawaan titisan pernafasan adalah jenis 3ply/ surgical mask.Ia…

Posted by Public Health Malaysia on Khamis, 23 Januari 2020

Dalam pada itu, Facebook rasmi Public Health Malaysia turut berkongsikan langkah-langkah cara pemakaian topeng muka yang betul.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱