Dua adik beradik lelaki berusia 11 dan 10 tahun ditahan pihak polis dipercayai terlibat dalam satu kes kebakaran berlaku di Kampung Padang Pohon Tanjung, Tumpat, Kelantan sejak Jun lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintenden Mohd Razi Rosli penahanan dilakukan susulan laporan penduduk termasuk kes kebakaran sebuah rumah di hadapan kediaman keluarga mereka.

BACA: Lelaki 34 Tahun Cuba Bakar Rumah Sebab Lapar

“Polis pergi ke rumah keluarga kanak-kanak tersebut semalam dan menahan mereka bagi membantu siasatan.

“Perintah reman terhadap mereka dikenakan selama dua hari berkuat kuasa hari ini sehingga esok,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini tular mengenai kanak-kanak itu yang sengaja membakar rumah kerana seronok melihat anggota bomba yang datang memadam kebakaran.

Pihak polis berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan dan belum ada pengakuan direkodkan daripada kanak-kanak terbabit.

Dalam pada itu, penduduk kampung memberitahu dua beradik tersebut sering dilihat memasang bunyi siren bomba di telefon bimbit mereka sambil berlari mengelilingi kampung.

Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Buffet Buka Puasa Paling Berbaloi Di Kajang? 😱