Baru-baru ini viral di media sosial video dua lelaki membunuh seekor kucing bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedau dobi di Taman Gombak Ria, Gombak.

Terbaru, Ketua polis daerah Gombak berkata dua daripada tiga suspek yang diburu itu ditahan sekitar Gombak, dan polis masih lagi memburu seorang lagi yang masih bebas.

BACA: Kejam! Tergamak ‘Basuh & Bunuh’ Kucing Bunting

“Kedua-dua lelaki berkenaan yang mana perlakuan kejam mereka membunuh seekor kucing bunting terbiar dengan kejam, ditahan awal pagi tadi sekitar daerah ini,” kata ACP Samsor Maarof.

“Bagaimanapun, polis masih lagi memburu seorang lagi suspek yang turut berada di lokasi ketika kejadian kejam itu dilakukan.”

Polis semalam mendedahkan gambar tiga lelaki yang dikehendaki kerana membunuh haiwan itu dalam kejadian di Taman Gombak Ria, 12.30 tengah malam, Selasa lalu.

Menerusi video berdurasi dua minit 50 saat itu, kelihatan dua lelaki pelanggan dobi berkenaan memasukkan kucing tersebut ke dalam mesin pengering.

Bangkai kucing dikatakan ditemui dalam keadaan berlumuran darah pada keesokan harinya oleh pelanggan yang mahu menggunakan mesin pengering berkenaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Tom Yam Sampai Tersedak?