Ini semestinya berita gembira buat mereka yang lahir pada bulan Disember kerana kedai serbaneka popular, FamilyMart akan memberikan aiskrim secara percuma.

Menariknya, anda boleh memilih aiskrim pilihan anda sama ada Belgian Dark Chocolate atau pun Matcha.

BACA: FamilyMart Perkenal Bubble Earl Grey Cake Hanya RM7.90

Cara untuk dapatkan aiskrim secara percuma mudah sahaja. Anda perlu muat turun aplikasi FamilyMart di telefon pintar anda dan mendaftar menjadi ahli.

Kemudian pergi ke bahagian reward atau ganjaran, pilih birthday voucher dan tunjukkan di kaunter untuk menebus aiskrim percuma anda.

Perlu diingatkan hadiah khas ini sah sehingga 31 Disember ini sahaja dan boleh didapati di semua cawangan FamilyMart kecuali di Genting Highlands dan KLIA2.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?