Durian merupakan “Raja Buah” dan musim durian amat dinanti-nantikan oleh peminat durian terutama di Malaysia.

Buat peminat durian, ini berita baik untuk anda kerana festival durian bakal diadakan di Bentong, Pahang hujung bulan depan.

BACA: Kisah Kami Yang Terjah Kendurian Di Shah Alam

Sumber dari timeout.com

Menurut Presiden MCA dan Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa Festival Pelancongan Kebudayaan Durian Antarabangsa Malaysia 2017 bakal diadakan pada 25 dan 26 November ini bertempat di Bentong, Pahang.

Sumber dari urbanina.com

“Produk seni budaya termasuk makanan berasaskan durian yang unik akan diperkenalkan kepada rakyat Cina menerusi Hunan TV bagi memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara,” jelasnya.

Selain itu, festival durian tersebut terdiri daripada gerai-gerai menjual durian serta produk berasaskan durian serta buah-buahan lain di Dewan Perhimpunan Cina Bentong.

Sumber dari thestar.com.my

Malah, persembahan nyanyian juga akan diadakan pada malam 25 November nanti. Festival ini dianjurkan oleh MCA Belt and Road Centre (Mbrace) serta Syarikat Sistem Penyiaran Hunan, Mango Entertainment.

Mereka berharap festival ini dapat menarik pengunjung seramai 50,000 orang datang di festival demi buah durian kegemaran ramai itu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Durian McFlurry Tarik Diri, Jumpa Lagi Tahun Depan
Ini Punca Ramai Boikot Durian Timbang
Kenapa Durian Tanpa Duri Ini ‘Famous’ Di Thailand?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

#KakiMakan EP1: Jumpa Ketam Kelapa Kat Sabah!