Sejak semalam kecoh apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang menggesa kerajaan supaya menapis kandungan platform Neflix sebelum ditayangkan kepada penonton di Malaysia.

Ianya susulan maklum balas daripada ramai ibu bapa yang bimbang dengan kandungan yang boleh diakses oleh kanak-kanak.

BACA: Drama Siri Netflix Pilih Rambutan Sebagai ‘Buah Alien’ Jadi Bahan Ketawa

Bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan cadangan tersebut kerana platform itu turut menyediakan pilihan untuk ibu bapa menyekat kandungan supaya tidak boleh ditonton oleh kanak-kanak.

Malah, netizen turut mewujudkan #jangantapisnetflix sebagai tanda membantah cadangan tersebut.

Sedang hangat dengan isu Netflix, tiba-tiba heboh pula dengan kemunculan satu platform penstriman terbaru yang dipanggil Aflix. Malah, tular satu foto pihak Aflix  bertemu dengan CEO Finas, Ahmad Idham.

Perkara itu sekaligus mengundang pelbagai spekulasi netizen yang mendakwa Finas mempunyai agenda tersendiri untuk menyekat kandungan di Netflix. Malah, ada yang mengatakan syarikat tersebut sepatutnya bersaing secara sihat dengan Netflix.

Susulan gambar tular itu, Coach Fadzil yang merupakan wakil daripada Aflix menerangkan bahawa mengapa ianya dinamakan Aflix serta mengatakan video-video yang akan berada di Aflix tidak seperti di Netflix dan ditapis.

Malah, menurutnya lagi, Alix masih tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada mana-mana pihak dan masih belum dilancarkan lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥