Ramai yang nak kurus, tetapi tak tahu cara berkesan untuk turunkan berat badan. Tidak kurang juga ada yang sanggup berhabis duit dan menelan pil kurus semata-mata untuk dapatkan berat badan idaman.

Namun perkongsian oleh seorang gadis ini membuktikan tidak perlu menelan pil kurus untuk mendapatkan bentuk badan langsing. Dari berat 84 kg, seorang gadis berkongsikan caranya untuk menurunkan berat badannya dengan mengamalkan diet sihat dan kini berat badannya 67.2 kg.

BACA: Ibu Anak 3 Ini Kongsi Jadual Diet & Rahsia Kulit Cantik

Dalam masa 5 bulan, gadis ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17 kg dengan hanya mengamalkan makan beras perang.

Pernah cuba produk kurus tapi tak berkesan


Menurut gadis tersebut, dia pernah mencuba supplemen untuk menguruskan badan namun ia hanya berkesan hanya sementara dan kemudian berat badannya naik mendadak. Katanya lagi, sebelum ini dia mempunyai tabiat sering makan lewat malam dan itu menjadi punca berat badannya naik.

Nekad nak kurus, mula amalkan beras perang

Hanya ada tempoh sebulan sebelum tiba hari pernikahannya, gadis ini tekad untuk menguruskan badan dan memulakan dengan menukar nasi putih ke beras perang. Sebelum ini, dia beranggapan beras perang mempunyai rasa yang tidak sedap dan pahit, namun sangkaannya itu salah.

Sejak amalkan beras perang, jadi cepat kenyang

Kata gadis itu lagi, sejak makan beras perang, kuantiti lauk dikurangkan dan lama-kelamaan dia jadi cepat kenyang walaupun makan dalam kuantiti yang kecil. Lebih menggembirakan, baju nikahnya semakin longgar.

Amalkan zumba, berhenti makan benda mengarut

Siapa sangka dengan hanya amalkan makan beras perang boleh turunkan berat badan. Kata gadis itu lagi, dengan hanya menjaga pemakanan dan berhenti makan benda-benda mengarut, berat badan pasti akan turun.

Tip penting, minum segelas air sebelum makan

Ini antara tips penting yang dikongsikan oleh gadis tersebut iaitu pastikan anda minum segelas air sebelum makan untuk pastikan cepat kenyang dan jangan minum air sejurus selepas makan. Ambil masa selama 30 minit selepas makan, kemudian barulah minum.

Mungkin anda boleh cuba tips yang dikongsikan oleh gadis ini jika mahu menurunkan berat badan secara sihat. Tetapi, apa yang paling penting ialah semangat dan disiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?