Bukan mudah untuk turunkan berat badan kerana memerlukan disiplin dan kekuatan. Disebabkan itu, ada yang sangup berhabis duit dan menelan pil kurus semata-mata untuk dapatkan berat badan idaman.

Namun, ada yang mengamalkan diet pelbagai jenis diet seperti Atkins, Eat Cleas, Intermittent Fasting dan macma-macam lagi namun ia tidak memberikan kesan.

BACA: Setiap Hari Menari Kpop, Berjaya Turun 38 Kg Dalam 7 Bulan

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Ameera Ramly berkongsikan caranya tersendiri untuk menurunkan berat badan. Dalam masa tujuh bulan, gadis ini berjaya turunkan berat badannya sebanyak 14kg.

Menurut gadis ini, dia tidak mengamalkan sebarang diet tetapi hanya mengambil hidangan berat untuk sarapan pagi. Jelasnya lagi, jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi kerana ia membuatkan anda makan lebih banyak ketika makan tengah hari.

Untuk makan tengah hari, gadis ini hanya makan buah-buahan dan tidak makan malam. Namun, jika anda tidak boleh menahan lapar di waktu malam, boleh makan buah dalam kuantiti kecil ataupun makan biskut tinggi fiber.

Dalam misi menurunkan berat badannya, Ameera mula melakukan senaman kardio iaitu 30 minit jogging dan 30 minit cycling

Ameera turut menyarankan mereka yang ingin menurunkan berat badan untuk melakukan aktiviti kardio kegemaran masing-masin dan jadikan sebagai rutin harian.

Perkongsian gadis itu mendapat perhatian ramai netizen yang ingin tahu tentang amalan dietnya.
Diharap apa yang dikongsikan oleh gadis ini boleh membantu anda semua. Kalau dah berjaya kurus, bolehlah kongsikan tips kepada mereka yang lain pula.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?