Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai isu dimana restoran di negara ini perlu mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja. Kenyataan daripada Kementerian Sumber Manusia itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana ianya agak mustahil untuk dilakukan.

Namun, hari ini Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mengumumkan pihaknya sedia menawarkan gaji penebar roti canai mahir dikalangan warga tempatan antara RM1,600 ke RM1,800.

BACA: Baru 12 Tahun Dah Hebat Tebar Roti Canai

Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) , Ayoob Khan Muhamad Yakub

Menurut Presidennya, Ayoob Khan Muhamad Yakub, tawaran itu tidak mendapat sambutan kerana kerjaya tersebut tidak popular dikalangan pekerja tempatan walaupun gaji yang ditawarkan agak lumayan.

“Gaji itu sama dengan gaji pekerja asing yang kita berikan malah ada tukang masak pekerja asing menerima gaji mencecah RM7,000 sebulan.

“Bagi saya jika ada pekerja tempatan mahir dan sanggup bekerja selama lapan jam tak ada masalah,” katanya.

Sebelum ini pihaknya memberitahu, mereka pernah mengiklankan dan sanggup membayar gaji sehingga RM2,500, namun tiada orang yang mahu bekerja di resotran.

ARTIKEL BERKAITAN:
Roti Canai ‘Artis’ Berharga RM1
Nak Jimat Sambut Birthday Orang Tersayang? Ikut Cara Ini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

#KakiMakan EP1: Jumpa Ketam Kelapa Kat Sabah!