Dengan kos sara hidup semakin meningkat boleh dikatakan bukan mudah untuk menampung kehidupan seharian lebih-lebih lagi bagi mereka yang berpendapatan kecil.

Lebih mengejutkan, kajian mendedahkan pendapat isi rumah sebanyak RM3800 sebulan tidak dapat menampung kehidupan di bandar.

BACA: Jack Ma: Jika Anda Masih Miskin Di Usia 35 Tahun, Itu Salah Anda

Timbalan Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, kajian mendapati mereka yang berhadapan dengan masalah kemiskinan di bandar ialah mereka yang tinggal di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR).

Masalah tersebut disebabkan oleh dua faktor utama iaitu pendapatan yang rendah dan tahap pendidikan.

Kebanyakan daripada mereka hanya mempunyai pendidikan peringkat menengah ke bawah dan mereka cuma bekerja dalam kategori perkeranian dan pentadbiran atau pekerjaan biasa sahaja.

Ujarnya, kesempitan hidup membuatkan ibu bapa terpaksa bekerja keras sehingga anak-anak mereka terabai dan tidak mendapat perhatian.

Lebih parah, gejala kemiskinan di bandar menjadi satu kitaran masalah yang tidak berkesudahan apabila kemiskinan itu diwariskan kepada anak-anak pula.

Bagaimanapun Fazli berkata, ada dalam kalangan mereka tidak mahu mengubah sikap atau nasib hidup mereka sebaliknya terlalu mengharap kepada bantuan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥