Pernah sekali sewaktu kami makan, seorang rakan memesan “Habiskan makanan ni, jangan membazir kesian kat anak-anak pelarian yang tak cukup makan tu”. Ketika itu kami anggap kata-kata itu satu gurauan supaya makanan yang dipesan tidak dibazirkan.

BACA: Niat Tolong Orang Berniaga Dibalas Cacian

Bahkan nikmat makan di Malaysia boleh katakan tiada apa yang kurang kerana kita boleh dapatkan makanan di mana-mana sahaja dalam keadaan yang aman dan damai.

Gambar: Facebook Ya muhammad

Seorang sukarelawan dari Muslim Volunteer Malaysia, Muhammad yang kini berada di sempadan Turki-Syria telah kongsikan catatan pengalamannya menyediakan juadah berbuka di Facebooknya serta beliau turut kongsikan beberapa keping gambar wajah dua beradik yang teruja melihat juadah yang disediakan.

Kami terasa sebak apabila melihat reaksi wajah seorang anak yang teruja melihat abangnya membawa juadah istimewa yang berupa nasi, lauk, sayur-sayuran dan roti untuk berbuka.

Gambar: Facebook Ya Muhammad

Menurut catatan Muhammad, si adik menanti abangnya dengan wajah yang penuh harapan dan wajahnya serta merta berubah apabila melihat abangnya membawa sebekas makanan.

Gambar: Facebook Ya Muhammad

Muhammad turut memberitahu ada kemungkinan anak-anak kecil ini sudah lama tidak merasakan nikmat makanan yang sedap seperti itu jadi apabila sesekali mereka berasa teruja apabila berpeluang menikmati hidangan tersebut.

Melalui gambar yang dikongsikan beliau kami dapat merasai betapa jelasnya erti kesyukuran pada diri anak-anak kecil tersebut.

Gambar: Facebook Ya Muhammad

“Ya Allah, kami di Malaysia sampai tahap membazir Ya Allah”
Maafkan kami adik.

“Kami di Malaysia telah selesa sehingga tidak memikirkan kamu yang sedang lapar,” Muhammad mengakhiri catatan untuk gambar-gambar berkenaan.

Gambar: Facebook Ya Muhammad

Info tambahan

Pada hari ini, Muhammad dan dua orang lagi wakil sukarelawan iaitu Aiman dari Malaysia Life Line For Syria dan Musa dari Tangisan Syria di Bumi Jordan akan memasuki Syria setelah lima hari menanti di sempadan Turki-Syria.

Semoga tiga orang anak muda ini selamat dan berjaya menyampaikan bantuan kepada rakyat Syria melalui misi kemanusian ini.

VIDEO: Biskut Horlicks Padu Beb!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram