Air merupakan salah satu keperluan yang penting dalam kehidupan kita. Kita perlukan air untuk minum, mandi, basuh baju dan sebagainya.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memberitahu beberapa kawasan di Gombak dan Hulu Selangor bakal mengalami gangguan bekalan air sementara iaitu dari esok hingga Jumaat ini berhubung kerja-kerja pemasangan perkakasan sistem agihan air.

BACA: Pandai Kucing Ini Pujuk Lelaki Buka Pili Air

Gambar sekadar hiasan

Menurut mereka, antara kawasan yang terlibat ialah di Taman Ehsan, Taman Desa Jaya dan Kampung Kepong Ulu di Gombak, sebahagian Fasa 3, keseluruhan Fasa 4, 5,7, 8 dan 9 di Taman Sri Gombak serta Kampung Melayu Sri Gombak, New Green Park, Taman Rawang Jaya, Kampung Lim Tan, keseluruhan Bukit Rawang Putra dan juga pekan Rawang di Hulu Selangor.

Pihak Syabas juga menasihati agar penduduk di kawasan terlibat menyimpan bekalan air secukupnya sebelum hari esok.

“Segala usaha akan diambil bagi menyiapkan kerja-kerja tersebut secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan-kawasan terlibat,” tambahnya.

Anda boleh layari laman web www.syabas.com.my atau melalui aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Jual Air Zam Zam Kena Penjara?
Nak Buang Air Tapi Nampak Kepala Bayi

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecah Perut Makan Shell Out