Akhirnya, berita yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia terjawab juga apabila Kementerian Kewangan memaklumkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan pada kadar sifar berkuat kuasa 1 Jun.

Bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia serta diimport dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak lagi dikenakan pada kadar enam peratus.

BACA: Mansuhkan GST Mungkin Ambil Masa Lebih 100 Hari

“Penetapan berkenaan tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan daripada GST.

“Sehubungan itu, semua peniaga yang berdaftar perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini.

“Pada masa sama, peniaga yang berdaftar juga masih tertakluk kepada semua peraturan semasa yang ditetapkan, antaranya berkenaan pengeluaran invois cukai, penghantaran penyata cukai di dalam tempoh bercukai yang ditetapkan dan tuntutan kredit cukai input.

“Peniaga juga perlu memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setiap masa,” menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan semalam.

ARTIKEL BERKAITAN:
GST Bukan Punca Rakyat Malaysia Sakit Mental
PAS: Cukai GST Adalah Haram

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Nasi Arab Bayar Seikhlas Hati?