Disebabkan ramai pihak yang ambil mudah penggunaan Bahasa Malaysia terutamanya dalam papan iklan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mahu mengusulkan pindaan terhadap Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996.

BACA: Ini Rupa Barbie Hijab Pertama Di Dunia

Seandainya mendapat kelulusan – ekoran usul tersebut difahamkan telah dipersetujui secara prinsipal oleh Putrajaya – sesiapa yang didapati menggunakan Bahasa Malaysia yang tidak betul, termasuk iklan dalam talian bakal dikenakan denda sehingga RM1,000.

Difahamkan, cadangan itu akan dikemukakan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Pengarah DBP, Abdul Adzis Abas berkata pihaknya telah mendapat kuasa penuh untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan penggunaan Bahasa Malaysia.

Sementara itu, pihaknya turut menggesa agar mana-mana pihak untuk mengemukakan soalan mengenai penggunaan bahasa kebangsaan yang betul terlebih dahulu sebelum menghasilkan iklan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tergeliat Lidah Nak Sebut