Pasti ramai mengetahui kebanyakan berus dijual di pasaran tidak dapat dipastikan ianya diperbuat daripada apa atau mungkin disyaki dibuat daripada bulu babi.

Terbaru, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dilaporkan merampas tiga berus warna hitam dipercayai diperbuat daripada bulu babi.

BACA: “Serve No Pork Bukan Halal, Itu Untuk Kristian Yang Tak Makan Babi”

Memetik laporan Kosmo!, berus disyaki diperbuat dari bulu babi itu digunakan untuk menyediakan makanan di sebuah restoran di Senawang, Seremban.

Menurut Pengarah JHEAINS Mohd. Zaidi Ramli, premis yang juga tidak memiliki sijil halal itu tidak menyedari tentang status berus tersebut dan meminta maaf kepada JHEAINS.

Katanya lagi, kebanyakan premis makanan hanya memberi fokus kepada penggunaan bahan mentah halal sedangkan peralatan masak yang digunakan juga perlu dipastikan halal.

“Berus itu dipercayai digunakan untuk sapu minyak pada ayam. Mereka tidak sedar berus itu berkemungkinan diperbuat daripada bulu haiwan yang tidak halal dan mereka turut rasa bersalah.

“Ini antara sebab kami galakkan semua yang terlibat dalam perkhidmatan makanan di Negeri Sembilan mendapatkan sijil halal supaya kami dapat membimbing mereka apa yang halal dan tidak halal,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan premis menggunakan berus dipercayai diperbuat daripada bulu babi itu tidak dikenakan tindakan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥