Pasti ramai pelajar universiti yang tidak sabar untuk menamatkan pengajian dan memasuki ke alam pekerjaan. Tapi, paling tak sabar nak dapat gaji setiap hujung bulan. Namun, bukan mudah untuk membina masa depan yang stabil dan anda mungkin tidak dapat gaji yang anda impikan.

Baru-baru ini, status oleh seorang pengguna Twitter @Inbarajs mengenai harga kambing golek menjadi perhatian ramai. Kata pengguna Twitter itu, harga kambing golek meningkat tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun, namun gaji graduan baru tetap sama.

BACA: “Fresh Grad Kalau Gaji Kerja Pertama RM1k, Terima Je”

Pengguna Twitter itu juga turut berkongikan cerita tentang rakannya yang menerima tawaran bekerja dengan sebuah syarikat motosikal terkemuka yang hanya ditawarkan gaji pokok sebanyak RM1,000 berserta komisen, sedangkan pembantu rumahnya dibayar gaji lebih daripada jumlah tersebut.

Katanya lagi, dunia pekerjaan hari ini adalah tentang ‘dunia majikan’. Dalam masa sama, lelaki itu turut menggesa agar graduan baru yang menganggur agar mengambil pekerjaan yang berkaitan dengan kelayakan mereka dan buktikan diri mereka terlebih dahulu, kemudian barulah minta gaji yang lebih tinggi.

Tweet tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mereka bersetuju dengan kenyataan lelaki tresebut. Ada seorang netizen mengatakan gaji graduan baru sekarang bermula daripada RM1,300, sangat sukar untuk mendapatkan RM1,500, apatah lagi RM1,800.

Seorang netizen turut berkongsikan pengalamannya yang mula bekerja 25 tahun lalu dan ditawarkan gaji sebanyak RM1,500, serta meluahkan rasa sedih melihat keadaan yang masih tidak berubah. Katanya lagi, gaji pembantu rumah sekarang lebih mahal daripada graduan baru.

Bagaimanapun, ada yang mempertahankan keputusan majikan tentang mengapa gaji permulaan yang ditawarkan agak rendah. Kata netizen itu, rata-rata graduan baru sekarang hanya mahu ‘disuap’ dan hanya segelintir sahaja yang boleh diharap.

Dengan kenaikan gaji minimum kepada RM1,100 mulai Januari tahun hadapan, apa pendapat siswazah dan graduan baru?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?