JT International Bhd (JTI Malaysia) mengumumkan kenaikkan harga rokok bagi semua jenamanya yang diedarkan di Malaysia susulan penguatkuasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan pada 1 September.

“Pengenalan cukai jualan pada 10 peratus bagi produk tembakau di Malaysia akan bermakna peningkatan bagi semua jenama rokok kami, dengan mengambil kira perbezaan kadar kenaikan daripada kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilevikan ke atas rokok,” kata Pengarah Urusan JTI Malaysia, Cormac O’Rourke dalam satu kenyataan.

BACA: Cendol, Ikan Masin Akan Dikenakan SST Mulai 1 September

Tambah beliau lagi, harga rokok tidak disemak semula selepas GST berkadar sifar pada Jun 2018 susulan arahan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan.

Syarikat itu kecewa kerana kerajaan tidak mengekalkan kadar cukai jualan 5 peratus yang dikenakan sebelum pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau percaya, kenaikan tersebut akan memburukkan pasaran rokok yang menyebabkan pengguna beralih kepada rokok haram yang murah.

Katanya, menurut Kajian Penyeludupan Rokok yang dijalankan oleh AC Nielsen Wave 1 (Mac-Mei 2018), sebanyak 58 peratus perokok Malaysia menggunakan rokok haram.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang