Harga rumah yang terlalu mahal menyebabkan ramai anak muda sukar untuk memiliki rumah pertama mereka. Bagaimanapun, dengan perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September depan, ia merupakan berita baik buat mereka yang mahu membeli rumah pertama.

Ini kerana Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan bahawa bahan binaan seperti batu bata, pasir, keluli, dan simen akan dikecualikan daripada SST, dengan itu mengurangkan tekanan terhadap harga rumah, perindustrian dan komersial.

BACA: Ini Antara 15 Barangan & Perkhidmatan Yang Dikecualikan SST

Dalam masa sama, harga rumah juga dijangka menurun sehingga 10 peratus. Kata Guan Eng lagi, pemaju dan pembeli akan meraih faedah lebih besar kerana pelaksanaan SST lebih efisien berbanding dengan GST.

Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin, berkata di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, bahan binaan utama adalah tertakluk kepada CBP dan ia sekaligus menyumbang kepada kenaikan harga hartanah.

Foto: The Star

Berdasarkan anggaran kasar oleh pihak kementerian, harga rumah mungkin akan jatuh antara 5 peratus dan 10 peratus. “Bagaimanapun, harga tanah adalah salah satu faktor yang boleh mempengaruhi harga hartanah.”

Selain itu, kerajaan tempatan dan negeri mempunyai pengaruh tertentu terhadap harga.

“Kami berharap kerajaan negeri dapat bekerjasama untuk menurunkan harga premium tanah dan mengawal harga hartanah dengan lebih baik. Jika ianya tidak dapat dilakukan, sukar bagi kerajaan untuk bertindak sendiri menurunkan harga,” katanya.

Bagaimanapun, ramai yang masih ragu-ragu kerana harga hartanah terus meningkat dan bukan sebaliknya. Adakah pelaksanaan SST benar-benar dapat menurunkan harga rumah?

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer? 😱 😱 😱