Umum mengetahui, Syarikat Heineken Malaysia Bhd baru saja memperkenalkan minuman terbaru mereka tanpa alkohol.

Difahamkan, minuman malta yang diberi nama Heineken 0.0 itu sejajar dengan trend pengguna yang semakin meningkat dan berminat dengan kesihatan.

BACA: Heineken Bakal Keluarkan Minuman Tanpa Alkohol

Terbaru, iklan bir tanpa alkohol, Heineken 0.0 itu mencetuskan kontroversi susulan slogan mereka ‘Now You Can’ (sekarang anda boleh).

Bagaimanapun, Heineken Malaysia Berhad dalam kenyataannya menjelaskan, sebelum ini pihaknya sudah memaklumkan dalam sidang media bahawa produk itu tidak halal dan bukan untuk orang Islam.

Katanya, produk itu diperkenalkan bagi memberi pilihan kepada pengguna bukan Islam menikmati bir tanpa kesan alkohol.

“Produk itu hanya disasarkan kepada pengguna bukan beragama Islam dan berusia 21 tahun ke atas sahaja.

“Semua produk itu diletakkan di bahagian tidak halal di pasar raya atau kedai runcit dengan papan tanda jelas memaklumkan ia bukan untuk orang Islam dan hanya dijual kepada mereka yang berusia 21 tahun ke atas,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa pengeluaran produk seperti itu tidak wajar dan mengelirukan kerana proses penghasilan minuman itu dibuat dalam kerangka menghasilkan arak beralkohol.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱