Ketika masih kecil dahulu, kita sering bermain dengan buih dan sanggup menghabiskan duit demi membeli mainan cecair buih yang boleh mengeluarkan buih apabila ditiup. Seorang artis Jepun mengadakan ‘parti buih’ secara terbuka di Hong Kong sempena pameran seni yang dihasilkannya.

BACA: Di China, Arnab Pun Makan Pedas

Artis Jepun, Shinji Ohmaki, mengadakan pameran tersebut bermula semalam hingga 20 Ogos ini. Terdapat sebuah binaan setinggi enam tingkat berbentuk piramid itu terdiri daripada 50 unit penghasil gelembung udara yang mampu meniup 10,000 buih dalam masa seminit.

Berikutan itu, berjuta buih dihasilkan oleh binaan tersebut membuatkan ia terapung di langit negara itu membuatkan ia nampak cantik apabila dilihat.

“Saya mahu mencipta ruang yang dibuat dengan gelembung dan cahaya untuk orang berfikir, ‘Apa yang akan berlaku jika dunia hilang serta-merta seperti gelembung?’,” ujarnya mengenai tujuan pameran itu diadakan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Ada Dengan Wonder Cheese?