Dah semakin terasa bahang Pilihan Raya ke-14 yang bakal diadakan 9 Mei nanti. Apa yang pasti, semua parti kini sedang sibuk berkempen.

Jika sebelum ini, Barisan Nasional menawarkan cuti 10 hari kepada kaum bapa jika parti mereka memenangi PRU.

BACA: Kaum Bapa Cuti 10 Hari Jika BN Menang PRU

Terbaru, memetik laporan MalaysiaKini, pemimpin kanan PAS, Datuk Mohd Amad Nik Abdullah akan memberikan cuti bersalin kepada kaum ibu selama dua tahun berbanding 90 hari yang diberikan kerajaan sekarang jika beliau menjadi perdana menteri.

Tawaran tersebut bukan hanya untuk sektor kerajaan sahaja. Untuk sektor swasta pula, akan ditukar kepada 90 hari berbanding 60 hari yang diberikan.

“So lagi ambo (satu lagi saya) baru isytihar – Malaysiakini tak isytihar (lapor) lagi – iaitu kalau ambo jadi perdana menteri memerintah Malaysia, nak bagi cuti bersalin dua tahun,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Manifesto PAS Kelantan.

Namun begitu, Nik Amar memeritahu, walaupun wanita bersalin diberi cuti selama dua tahun, gaji mereka hanya akan dibayar selama tiga bulan saja.

Boleh dikatakan ini antara berita baik buat wanita hamil di luar sana. Tapi bab gaji tu mungkin kena fikir balik. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat saja sama ada perkara ini akan jadi kenyataan atau tidak.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Cuti Polis Kelantan Dibekukan
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)