Bukan mudah untuk menguruskan kanak-kanak ataupun bayi, lebih-lebih lagi di tempat awam tambahan pula jika mereka jenis yang lasak atau merengek kerana lapar dan rasa tidak selesa.

Baru-baru ini, di Henan ZhengZhou, China, seorang bayi perempuan berusia 11 bulan melecur hampir separuh badan selepas disimbah sup panas kerana bising di dalam restoran.

BACA: Jiran Selalu Buat Bising, Anda Boleh Laporkan Pada Polis

Dilaporkan sebelum kejadian, wanita dikenali sebagai Ren, 28, telah menegur ibu mangsa agar mengawasi anaknya supata tidak membuat bising namun teguran itu tidak diendahkan.

Wanita itu turut berbalah dengan ibu mangsa sebelum suaminya meleraikan pergaduhan dan membawa wanita itu keluar dari restoran.

Tidak berpuas hati di atas apa yang berlaku, 10 minit kemudian Ren patah balik ke restoran tersebut sebelum menyimbah semangkuk sup ke arah dua beranak itu menyebabkan bayi tersebut melecur teruk pada bahagian badan.

Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis dan Ren dijatuhi hukuman penjara 15 hari dan perlu membayar denda 500 yuan (RM300).

Namun, Ren dianggap bernasib baik kerana peraturan di China tidak membenarkan hukuman penjara ke atas wanita hamil.

Dalam pada itu, Ren diperintahkan untuk membiayai keseluruhan kos rawatan kanak-kanak itu sehingga pulih.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍