Seorang lelaki tidak menyedari bahawa gadis yang dibawa ke bilik hotel bagi tujuan pelacuran merupakan anak saudaranya sendiri yang menjadi mangsa ibu kandung selepas menjualnya ekoran mahu melangsaikan hutang. Lelaki tersebut yang kemudiannya dicekup polis memberitahu bahawa tidak melakukan hubungan seks dengan mangsa.

BACA: Rintihan Sayu Nak Jumpa Ibu Bapa Kandung

Bagaimanapun, tidak jelas mengapa lelaki berusia 23 tahun itu tidak menyedari bahawa mangsa merupakan anak saudaranya sendiri.

Difahamkan, pihak polis telah pun menahan ibu gadis tersebut pada 8 Oktober lalu termasuk lelaki itu keesokan harinya.

Pemilik pusat karaoke yang dikhabarkan terlibat dengan penjualan gadis itu juga telah ditahan.

Menurut laporan, si ibu bertindak menjual anak perempuannya kerana mahu melunaskan hutang.

Insiden tersebut sampai ke pengetahuan ketua kampung lantas membuat laporan polis.

Mangsa memberitahu pihak polis bahawa seorang lelaki telah membayar pusat karaoke itu sebanyak RM1,000 sebelum merogolnya sebanyak tiga kali disebuah hotel.

Kesemua suspek yang terlibat telah ditahan reman di Balai Polis Lawas, Sarawak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?