Baru-baru ini tular video kes samun kedai dobi di Sungai Petani. Berikutan itu, pihak polis mengesan dua lelaki yang melakukan kes samun tersebut.

Tebaru, Utusan Online melaporkan, ibu kepada salah seorang suspek yang berusia 21 tahun menyerahkan anaknya itu kepada polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Muda pada pukul 1.30 petang tadi.

BACA: Kisah Cemas Pelajar Perempuan Di KFC

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, pihaknya kini sedang memburu seorang lagi rakan suspek yang terlibat dalam kes itu.

Memetik laporan Sinar Harian, selain suspek, isterinya yang berusia 30-an juga turut diserahkan ibu suspek kepada pihak polis dipercayai terlibat dalam kes terbabit.

Menurut Mior, isteri suspek didakwa terlibat kerana berada di dalam kereta ketika suspek dan rakan melakukan jenayah.

“Suspek mengaku terlibat dua kes samun sepertimana tular di media sosial. Isteri suspek berada dalam kereta ketika suspek dan rakan melakukan jenayah,” katanya.

Lelaki yang diserahkan sendiri oleh ibunya kepada polis, akan direman esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Penganjur Pesta Durian Malaysia Di China Dapat Kontrak RM2.87 Bilion
Ini Cara Sebenar Nak Tuang Sos Cili

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?