Bayangkan apakah perasaan kita jika kita bakal kehilangan dua orang paling disayangi selama-lamanya dalam masa terdekat, pastinya kita tak bersedia untuk menghadapinya.

Seorang wanita terpaksa menghadapi detik yang paling menyedihkan dalam hidupnya apabila anak perempuannya menghidapi kanser otak tahap empat dan ayahnya menghidap penyakit motor neuron.

BACA: Makan Laju Punca Penyakit 3 Serangkai

Fb Ally Parker

Ally Parker, memberitahu anaknya, Braylynn, dijangka hanya dapat hidup beberapa minggu sahaja lagi selepas disahkan menghidap Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) pada 6 Disember lalu.

Sementara itu, dia turut menjaga ayahnya, Sean Peterson, yang sedang berjuang untuk hidup di sebelah anaknya seperti di dalam gambar.

Fb Ally Parker

“Hari ini adalah hari yang akan menjadi hari paling teruk dalam hidup saya dan dalam masa kurang dari seminggu, saya akan mempunyai hari yang lebih dahsyat,” katanya beberapa hari lepas.

Menurutnya, dia membuka akaun GoFundMe dengan tujuan untuk mengumpul dana sejumlah $300,000 untuk anaknya.

Fb Ally Parker

Malah, dia juga telah berjumpa seorang doktor yang tak mahu berputus asa dengan keadaan Braylynn dan cuba untuk merawatnya walaupun dia tau risiko kemungkinan kematian anaknya masih sama.

“Saya sangat bangga dengan Braylynn, dia sentiasa menjadi seorang anak yang tabah tetapi saya selalu rasa dia tidak kuat. Saya tidak akan membuat kesalahan itu lagi.”

Fb Ally Parker

Justeru itu, Parker berharap gambar dan kisah mengenai anaknya dapat memberi kesedaran serta dapat mengumpul dana untuk mencari penawar kepada penyakit dihidapi anaknya. Keep fighting, tough girl!

ARTIKEL BERKAITAN:
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai
Wanita Terengganu Paling Ramai Diabetes Di Malaysia

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138