Buat peminat tegar dan ‘hantu’ durian, ini semestinya berita baik buat anda. Pasti ramai di antara anda yang sudah menikmati durian, maklumlah sekarang tengah musim. Sana sini ada saja gerai menjual durian.

Nampaknya, gedung perabot terkemuka IKEA juga tidak ketinggalan memperkenalkan menu pencuci mulut terbaru mereka dan semuanya berasaskan durian. Antara pencuci mulut yang dijual antaranya adalah kek, puff, tart dan frappe.

BACA: IKEA Malaysia Perkenal Kek Cendol Durian D24

Harga bagi Durian Tart RM6.50 dan Durian Puff RM5.90 sahaja. Manakala Durian Cake berharga RM9.90 dan minuman Musang King Frappe berharga RM9.90 sahaja.

Namun perlu diingatkan, minuman Musang King Frappe hanya boleh didapati di kafe IKEA Damansara dan Cheras sahaja. Jangan lepaskan peluang ini, tawaran menu istimewa ini bermula dari 10 Jun 2019 sehingga 31 Julai 2019.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥