Pejam celik sudah masuk hari ke enam Ramadan. Bulan puasa ni tak sah kalau singgah ke bazar Ramadan dan paling penting menunaikan solat terawih di malam hari.

Baru-baru ini, tular mengenai perkongsian seorang lelaki yang menjelaskan tentang tanggungjawab seorang imam terawih yang ramai tidak tahu. Perkongsian itu bagi menjawab persoalan netizen yang hanya tahu bising mengenai gaji yang diterima oleh imam terawih.

BACA: Tak Cukup Bom Palestin, Israel Halang Penduduk Solat Tarawih

Menurut Elhumawu, bukan senang untuk jadi imam terawih. Dikala umat Islam lain boleh menikmati pelbagai juadah ketika berbuka puasa, imam terawih tidak boleh makan banyak bagi mengelakkan nafas pendek ketika mengimamkan solat.

Nak hafal Quran bukan ambik masa seminggu, ada yang bertahun

Ujarnya lagi, tak semua orang boleh jadi imam terawih, individu tersebut perlu dapatkan keyakinan untuk membawa jemaah solat. Sememangnya bukan mudah kerana setiap hari mereka perlu membuat persediaan serta lancarkan bacaan.

Bila pasal agama semuanya nak kena free, baru ikhlas

Katanya lagi, jika ingin menjemput imam terawih hafiz perlulah diberikan saguhati yang berbaloi. Ujarnya lagi, tiada pula yang bising jika penyanyi dibayar ribu-ribu ringgit untuk menyanyikan 5 hingga 6 buah lagu.

Tetapi jika imam terawih hafiz diberikan saguhati dikata menggunakan agama untuk mendapatkan duit dan dilabel penunggang agama.

Perkongsian pemuda itu mendapat sokongan daripada netizen kerana imam juga sama seperti orang lain yang mempunyai keluarga untuk disara.

Kata netizen lagi, mereka yang bising mengenai soal bayaran tersebut tidak tahu bahawa tanggungjawab sebagai imam tarawih tidaklah mudah seperti yang disangka.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dah Kenapa Jual Ayam 30 Sen Seekor?
Ayam Goreng Samyang Pedas Meletup, Guna Sos Dominos Je!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi