Dalam keadaan ekonomi yang tidak tentu ini, rakyat Malaysia masih mampu bercuti di luar negara. Dengan pelbagai promosi dilakukan oleh syarikat penerbangan, tidak hairan ramai yang memilih untuk bercuti di luar negara dengan keluarga ataupun yang tersayang.

BACA: 7 Lokasi Menarik Di Malaysia Anda Wajib Ambil Gambar

Sumber dari lamamavacablog.com

Namun, apa yang melakukan ketika pergi bercuti di luar negara ialah apabila salah seorang tuan rumah sewa dalam talian, Airbnb United Kingdom, Liz Hodgkinson meluahkan kerenah 500 orang yang pernah menyewa di rumahnya dari seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia.

Liz juga mendakwa rakyat Malaysia paling kedekut antara semua tetamu rumah sewanya itu. Berikutan itu, dia berkongsi pengalaman melayan tetamu dari Malaysia yang kedekut itu.

Sumber dari dailymail.co.uk

Dalam kenyataannya di laman web Daily Mail Online, dia memberitahu pada mulanya dia hanya menerima tempahan satu bilik daripada dua orang tetamu wanita dari Malaysia namun apabila tetamunya sampai, dia terkejut melihat jumlah tetamu yang datang seramai lima orang.

Dia bertegas menyatakan bahawa mereka harus membayar lebih kerana mereka datang berlima namun mereka merayu kepadanya supaya tidak mengenakan bayaran terhadap mereka. Bahkan, mereka sanggup tidur menggunakan beg tidur yang dibawa.

Selain itu, pelancong dari Malaysia itu turut menambah mereka hanya menginap satu malam sahaja dan Liz bersetuju untuk membiarkan mereka menginap setelah mereka merayu kepadanya.

Walau bagaimanapun, apa yang mengejutkan ialah terdapat ramai pemilik rumah lain turut menceritakan pengalaman yang sama daripada rakyat Malaysia yang datang melancong ke negara mereka.

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Datuk Hamzah Rahmat turut menambah bahawa isu ini berkaitan dengan mentaliti seseorang.

“Kita mesti mengubah mentaliti, hormat peraturan ditetapkan tak kira di negara mana sekali pun, jangan sampai dianggap memalukan negara. Kalau tempahan ditetapkan ‘ikut kepala’, mereka mesti buat tempahan dengan jujur sebelum pergi bercuti,” ujarnya kepada mStar Online.

Sebenarnya apabila kita melancong ke negara orang, kita membawa nama Malaysia secara tidak langsung. Kita harus lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh tuan rumah jika tidak mahu dilabel sebagai ‘kedekut’ oleh orang luar.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Takoyaki Bapak Panas!