Dari luaran, mereka dilihat sebagai kanak-kanak biasa tetapi sebenarnya mereka adalah antara insan yang terpilih untuk menjadi luar biasa.

Memiliki anak menghidap autisme bukanlah mudah terutama dari segi memahami mereka. Namun, ia dapat diatasi jika ibu bapa cepat faham minat anak mereka.

BACA: Kisah Pelajar Autism Peminat Ultraman

Pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Jaya Gading, Kuantan, Pahang, Daniel Hakimi Mohd Rostam, 12 tahun mengalami autisme yang menyebabkan perkembangan dirinya agak lambat daripada kanak-kanak biasa.

Walaupun begitu, Daniel memiliki bakat sebagai penjaga gol bola sepak hingga berjaya menempa kejayaan di luar negara seperti Thailand dan Singapura.

Ayah Daniel, Mohd Rostam Hassan, 37 tahun, berkata dia menyedari bakat anaknya itu semasa Daniel mengikuti abangnya bermain bola sepak setiap minggu.

Menurutnya, masalah Autisme dialami anaknya membuatkan dia mahu Daniel bergaul dengan kanak-kanak lain kerana risau mengenai perkembangannya.

“Lama-kelamaan Daniel menunjukkan minat dalam sukan itu namun lebih kepada peranan sebagai penjaga gol dan saya membuat keputusan menghantarnya mengikuti latihan secara intensif sebelum dia terpilih bermain untuk pasukan Shahzan Junior pada 2014,” jelasnya.

Tambahan pula, pasukan Shahzan Junior mendapat tempat ketiga dalam Festival Bola Sepak Remaja Antarabangsa di Bangkok, Thailand, pada Mac lepas.

Selain itu, bakat Daniel mula disedari oleh pasukan lain dan dia dipinjamkan ke pasukan Negeri Sembilan Inspire untuk bermain dalam Piala Singa di negara jiran, Singapura bagi kategori bawah 12 tahun dan menjadi juara.

Berikutan itu, pembabitannya dalam bola sepak membuatkan Daniel sudah banyak berubah dan boleh bergaul dengan orang lain serta mampu berdikari.

Pada hari Ahad lalu, dia mendapat anugerah Tokoh Kokurikulum sempena Hari Kecemerlangan SK Jaya Gading. Semoga adik Daniel menjadi seorang penjaga gol bola sepak yang berjaya satu hari nanti. Good luck!

ARTIKEL BERKAITAN:
“Saya Nak Tarik Cikgu Masuk Syurga Sekali”
Sambal Belacan Buat Sekolah Huru Hara

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Rasa Jering Rebus Di Terengganu?