Bila cakap pasal ayam, mesti teringat Kenny Rogers Roasters Restaurant sebab ayam yang mereka hidangkan memang puas hati untuk makan berkongsi. Kali ini, Kenny Rogers Roasters perkenalkan set baru. Tengok gambar saja pun dah terliur.

Kami sempat terjah cawangan Kenny Rogers Roasters Restaurant baru-baru ini yang terletak di Sunway Velocity Mall. Nak tau menu terbaru apa yang mereka promosikan sekarang? Kami kongsikan serba sedikit apa yang sempat kami makan.

Set i-Yam Legend Bikin Puas

Inilah dia set i-Yam Legend, menu terbaru Kenny Rogers Roasters dengan kuah sos tomyam pekat. Kuah yang dihidangkan ini memang lengkap dengan rasa tomyam yang tidak keterlaluan dan sedap secukup rasa.

Nampak simple saja, tapi bila dah makan, gerenti susah nak berhenti. Datang dengan harga RM77.90 – satu hidangan ini boleh dikongsi 3 hingga 4 orang. Tapi kalau anda memang berselera besar, makan sorang memang puas hati.

Set Lengkap Pelbagai Hidangan

Selain menghidangkan seekor ayam di dalam menu ini (Creamy i-Yam Whole Chicken), ada pelbagai lagi hidangan sampingan yang wajib anda cuba. Ada i-Yam Spaghetti Lite dan juga 3 pilihan side dish ala- carte yang lain.

Bagi siapa yang memang menggemari masakan ayam, inilah masanya yang paling sesuai untuk anda terjah Kenny Rogers Roasters sebab jenama ini memang terkenal dengan ayam panggang mereka yang dimasak sempurna tapi isinya masih berjus.

Cuba bayangkan anda dapat cicah sendiri ayam panas-panas tersebut dengan kuah tomyam istimewa set i-Yam Legend ini, memang puas hati.

Pencuci Mulut Wajib

Jika anda rasa 3 hidangan ala carte tadi dah cukup, anda silap. Dalam set ini juga, anda akan dapat 4 ketul muffin. Siapa selalu makan di Kenny Rogers Roasters mesti tahu betapa enaknya muffin mereka, lagi-lagi kalau dimakan semasa masih panas. Fuh, tak cukup satu.

Selain muffin, minuman yang menyegarkan iaitu Kaya Raya Mocktail turut disediakan. Kombinasi rasa buah epal hijau dan juga bunga pelam ini memang refreshing sungguh!

Banyak bukan hidangan dalam satu set anda boleh dapatkan? Tak sabar rasanya kami nak mencuba lagi sos tomyam untuk hidangan ini. Nak lagi syok, boleh curahkan terus sos ke atas ayam tu, mengancam habis!

Jadi, jangan berlengah lagi untuk terjah Kenny Rogers Sunway Velocity Mall bagi mereka yang berdekatan. Kami sempat buat video pendek menu ini. Jom layan!