Kalau dulu setiap kali balik sekolah mesti wajib singgah kedai serbaneka 7-Eleven. Selain penghawa dingin kedai yang sejuk, apa yang paling di cari ialah Slurpee mereka yang sememangnya menyegarkan lebih-lebih jika musim panas.

Tapi paling mengecewakan setiap kali ke 7-Eleven mesin slurpee selalu rosak. Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu Tweet yang dimuat naik oleh bekas pekerja yang penah bekerja di kedai serbaneka itu sekitar tahun 1998.

BACA: Bubble Tea 2 Kali Ganda Tinggi Gula Berbanding Coke!

Menurutnya, dia mengaku sering menutup mesin slurpee itu atau meletakkan tanda ‘rosak’ kerana tidak suka mengelap lantai kerana pelanggan sering tertumpahkan slurpee.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian bekas pekerja 7-Eleven lain yang turut berkongsikan pengalaman mreka. Kata seorang lagi bekas pekerja, dia sengaja menutup mesin tersebut kerana berang dengan sikap pelanggan yang sering tertumpahkan minuman tersebut.

Katanya lagi, tiada masalah pun untuk gunakan mesin tersebut dengan berhemah atau pun minta saja pertolongan pekerja di kaunter.

Seorang lagi bekas pekerja 7-Eleven megatakan bahawa adakalanya mesin slurpee tidak rosak, tetapi disebabkan oleh kehabisan gas dan syarikat yang bertanggungjawab tidak datang untuk menukar gas.

Kata seorang lagi netizen yang juga bekas pekerja 7-Eleven memberitahu mereka berdepan kesukaran setiap kali menambah ‘flavor’ di mesin kerana memerlukan bantuan seorang lagi pekerja.

Diakhir perkongsian, pengguna Twitter itu turut berkongsikan gambar kenangan ketika dia bekerja di kedai serbaneka tersebut.

Betul juga tu, siapa yang suka setiap masa kena bersihkan lantai hanya kerana kecuaian orang lain. Agak-agak bila kali terakhir korang minum Slurpee?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱