Kenduri kahwin diadakan bagi meraikan pasangan baru berkahwin dengan menjemput ahli keluaga, sanak saudara, rakan-rakan dan lain-lain. Siapa sangka pergi kenduri kahwin juga bahaya hingga boleh menyebabkan kematian dan semalam seorang remaja meninggal di kenduri kahwin.

BACA: Ini Sebab Pasangan Ini Nikah Di Hospital

Seorang remaja lelaki yang datang ke sebuah kenduri kahwin di Kampung Bukit Chawi, Perak Tengah, meninggal dunia kerana dihempap pokok kelapa sawit.

Remaja itu dikenali sebagai Muhamad Khairul Syamril Sauffi, 13 tahun, telah disahkan meninggal dunia ketika cuba mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Ulu Dedap.

Khairul dikatakan sedang mengambil makanan semasa sebatang pokok kelapa sawit tiba-tiba tumbang di atas khemah kenduri kahwin, jelas Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital Changkat Melintang untuk di bedah siasat,” sambungnya.

Kami tak dapat bayangkan bagaimana perasaan keluarga mangsa kerana jarang berlaku kes sebegini. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan semoga tabah menghadapi dugaan ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kuda Pengsan Bawa Pengantin
Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Q & A Vitdaily