Walaupun kita hidup dalam berbilang kaum, kini makin banyak isu sensitif mengenai bangsa diperkatakan orang ramai. Namun, tindakan seorang lelaki berbangsa Cina menolong seorang warga tua untuk solat Jumaat ini sedikit sebanyak mungkin dapat mengubah persepsi orang ramai.

BACA:Tunggu Azan Untuk Makan, Lelaki Cina Jadi Perhatian

Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Rakan Muslimah Al-Falah II untuk dijadikan contoh kepada remaja-remaja Islam.

Walaupun berlainan agama dan bangsa, lelaki tersebut dilihat memimpin seorang pakcik tua dan menuju ke Masjid Al Falah untuk menunaikan solat Jumaat pada Jumaat lepas.

Malah, dia turut berjalan sambil sebelah tangannya menutup kepala pakcik itu dari terkena hujan yang sedang turun ketika itu.

Berikutan itu, dia kelihatan seperti tak kisah dirinya dibasahi hujan asalkan dapat menghantar pakcik tua itu ke masjid dengan selamat.

Tindakannya itu dipuji orang ramai dan juga memuji keluarganya kerana dapat membentuk dirinya yang menolong orang dalam kesusahan tanpa mengira agama dan bangsa.

Kami turut berasa bangga apabila melihat kebaikan yang dilakukan oleh lelaki ini kerana tidak ramai yang mahu menolong sepertinya pada zaman ini. Syabas anak muda!

ARTIKEL BERKAITAN:
Biadap Sangat Hina Sultan, Akhirnya Kena Tangkap
Harga Mee Daging RM1,393, Ini Apa Anda Dapat

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Laksa Siam Tapi Boleh Dapat PS4 PRO?