Sedikit babak menarik yang viral di laman sosial media membuatkan ramai tertanya adakah ia daripada sinetron terbaru Indonesia kerana menerusi babak tersebut menunjukkan penggunaan iPhone dengan case yang istimewa dan juga Google Maps.

BACA: Chef Wan Terkejut Harga Ikan Merah Mahal?

Namun tidak siapa yang menyangka babak tersebut adalah sedutan daripada iklan aiskrim berdurasi tiga minit yang bertajuk “Kisah Lagenda Nusantara”.

Iklan tersebut dihasilkan untuk mempromosikan jenama Indoeskrim yang mempunyai pelbagai perisa yang menarik seperti nangka, avokado dan lain-lain.

Iklan ini mengisahkan dua beradik kerabat diraja sedang bergaduh dan ibu mereka yang juga merupakan permaisuri cuba menenangkan namun dia gagal.

Setelah itu permaisuri tersebut menghubungi suaminya menggunakan iPhone untuk meminta bantuan, apa yang lebih menarik perhatian kami adalah Raja tersebut yang menaiki burung gergasi menggunakan aplikasi Google Map untuk mencari lokasi pergaduhan tersebut.

Bagi menghentikan pergaduhan dua beradik itu, Raja tersebut telah mengunakan kuasanya untuk mengeluarkan satu peti yang penuh dengan aiskrim.

Iklan tersebut telah diarahkan oleh Dimas iaitu seorang pembuat filem dari Indonesia dan untuk memberikan kelainan dia menerapkan unsur sinetron dalam iklan ini.

Bahkan lebih menarik lagi Dimas turut mengunakan kamera DV yang biasa digunakan oleh produksi sinetron untuk menaikkan lagi mood penonton.

Setakat ini iklan tersebut telah trending di Youtube Indonesia dan mencecah lebih sejuta view sejak ia dimuat naik di Youtube.

VIDEO: Random Rabu – Donut Aiskrim Oreo Ini Buat Anda Menangis