Sudah menjadi kebiasaan jika wanita hamil mengidam namun apa yang peliknya jika mereka mengidam yang bukan-bukan. Selalunya wanita hamil mengidamkan makanan itu ini, namun berbeza dengan kes ini yang lain dari yang lain.

Baru-baru ini tular mengenai seorang lelaki di Indonesia bernama Adityo Purnomo telah ditahan oleh pihak polis kerana mencuri sebuah kereta jenama Honda Jazz di sebuah kedai makan di Kota Semarang Indonesia.

BACA: Suami Tunai Hasrat Isteri Mengidam Bawa GrabFood

Apabila ditanya apa sebab dia mencuri kereta tersebut, lelaki itu memberitahu isterinya sudah lama mengidamkan kereta Honda Jazz.

Menurutnya, kisah bermula apabila ketika sedang makan bersama isterinya dia ternampak kunci kereta Honda Jazz milik pelanggan lain yang ditinggalkan di atas meja dan pemiliknya pergi tandas.

Tanpa berfikir panjang, lelaki itu terus mengambil kunci kereta itu dan meninggalkan isterinya untuk membawa kereta tersebut. Ujarnya lagi, kemudian dia menghubungi isterinya untuk memandu kereta mereka ke satu lokasi.

Lelaki itu memberitahu perkara itu dilakukan secara spontan dan isterinya tidak tahu menahu mengenai tindakannya itu.

Difahamkan, lelaki tersebut bersama isterinya sedang bercuti ke Semarang dan berjaya ditahan ketika pasangan itu sedang meronda-ronda di sekitar Bubakan. Lelaki itu membawa kereta tersebut dengan santai sebelum diberhentikan oleh pihak polis.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?