Baru-baru ini tular di media sosial orang ramai berbuka puasa berlatarbelakangkan Jambatan angkat di Terengganu. Memang cantik mercu baru Terengganu itu, terasa seperti di luar negara.

Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus itu akan dibuka kepada orang ramai pada 2 Jun hingga 17 Jun ini sebagai percubaan kepada prestasi sistem operasinya.

BACA: Ingatkan Pantai Dekat Luar Negara, Rupanya Di Malaysia!

Selepas itu, jambatan angkat pertama di Asia Tenggara itu akan ditutup semula bagi melihat dan menambah baik kelancaran operasinya dan dijangka dibuka sepenuhnya pada akhir Jun.

Difahamkan, jambatan itu sudah siap 99 peratus dan satu peratus itu adalah kerja-kerja finishing seperti pemasangan papan tanda jalan.

Jambatan angkat bernilai RM248 juta itu merupakan jambatan keempat yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berbanding tiga ketika ini iaitu Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati.

Jambatan yang mula dibina pada Ogos 2014 itu boleh diangkat di bahagian tengah untuk laluan kapal dan dijangka menjadi satu lagi tarikan pelancongan dari dalam dan luar negara.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥