Kalau ada pengguna jalan raya di luar sana terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan polis, lupakan niat anda untuk mendapatkan pampasan meskipun pihak polis yang bersalah. Mungkin agak mengejutkan tetapi hakikatnya seluruh kenderaan polis tidak dilindungi insurans, menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

BACA: Kelantan Bakal Guna Bas Elektrik Tahun Depan

Minggu lalu, Zahid Hamidi menjelaskan bahawa pihak polis tidak akan membayar sebarang pampasan atau kos membaiki kenderaan kepada pihak ketiga jika mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Pengguna jalan raya masih lagi boleh mendapatkan pampasan daripada pihak kerajaan namun ia tidak semudah itu.

“Setiap kemalangan yang melibatkan kenderaan kerajaan akan dirujuk kepada penasihat undang-undang kerajaan bagi mengkaji keperluan untuk pihak kerajaan membayar pampasan,” kata Zahid.

Laporan polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam daripada kemalangan berlaku dan kandungan laporan perlu mengandungi maklumat terperinci jika anda mahu ada peluang tipis untuk mendapatkan pampasan.

Hakikatnya, cara terbaik adalah memastikan  kenderaan anda berada jauh daripada pihak polis kalau tak nak ada masalah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke