Susulan jerebu teruk melanda negara kita, Kementerian Sumber Manusia menyarankan majikan melaksanakan dasar kerja fleksibel dengan membenarkan pekerja bekerja dari rumah masing-masing.

Menurut kementerian lagi, perkara itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet semalam dan menjadi tanggungjawab utama majikan dalam memastikan kesihatan pekerja di tempat bekerja.

BACA: Malaysia Tempat Pertama Udara Paling Tercemar Di Dunia

Ia mematuhi Garis Panduan bagi Pengenalpastian Bahaya, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).

“Undang-undang perburuhan di Malaysia tidak melarang majikan daripada menentukan tempat pekerjaan selain daripada yang dinyatakan dalam kontrak pekerjaan seperti rumah pekerja, bergantung kepada keadaan tertentu seperti jerebu atau banjir, sebagai langkah sementara sehingga keadaan kembali selamat,” menurut kenyataan itu lagi.

Untuk pengetahuan anda, di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (OSHA), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) boleh mengarahkan sebarang aktiviti pekerjaan yang terjejas akibat jerebu dihentikan dalam keadaan di mana menimbulkan bahaya kepada keselamatan dan kesihatan pekerja.

Majikan juga perlu memastikan pekerja dengan gejala perubatan yang terkesan dengan jerebu seperti gatal tekak dan batuk, mata merah dan berair, bersin, kulit gatal dan kesukaran bernafas agar segera mendapatkan rawatan perubatan.

Jangan lupa untuk ikuti kami diย Facebookย danย Instagram

Daging Kambing Berbukit, Nan Cheese Boleh BUat Langsir! ๐Ÿ˜‚