Seorang lelaki yang menyimpan kakinya yang dipotong selepas terlibat dalam satu kemalangan pada tahun 2016, dijadikan sebagai makanan dan dihidangkan kepada 10 rakannya yang dikatakan ‘berfikiran terbuka’.

Lelaki tersebut, ShinnyShart memuat naik status di Reddit memberitahu dia telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika menunggang motorsikal sehingga menyebabkan kakinya mengalami kecederaan parah dan terpaksa dipotong.

BACA: Jijik! Wanita ini Makan Tahi Sendiri Sejak 13 Tahun Lalu

Tiga minggu kemudian, dia menjemput kawan-kawannya untuk menikmati hidangan tacos dengan daging manusia yang diperam bersama limau, lada dan bawang.

“Ia rasa seperti daging kerbau tapi lebih kenyal,” kata ShinyShart.

Menurut lelaki tersebut, dia mendapat kakinya yang dipotong itu selepas meminta daripada doktor.

“Pada mulanya saya mahukan kaki itu untuk dikeringkan. Ia akan kelihatan ‘cool’ apabila ia digantung depan pintu atau tiang lampu tapi kemudian saya menukar fikiran untuk dijadikan sebagai makanan,” katanya.

Kejadian itu berlaku pada tahun 2016, namun kini baru didedahkan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dicerai Sebab Malas Mandi
Pandai Kucing Ini Pujuk Lelaki Buka Pili Air

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Vitdaily Terjah Johara Pagi Era & Rasa Burger Bihun Johan