Tidak dinafikan ayam tandoori memang enak malah bertambah enak bila dimakan bersama roti naan. Kadang-kadang kita terasa nak makan ayam tandoori tapi malas nak keluar.

Jadi, anda boleh buat ayam tandoori di rumah bila-bila masa anda mahukan. Malah, ayam tandoori juga sesuai kepada orang yang sedang berdiet atau menurunkan berat badan.

BACA: Mudahnya Buat Nasi Impit Guna Plastik Aiskrim!

Jika anda tidak tahu menu apa untuk dihidangkan semasa rumah terbuka nanti, anda boleh buat ayam tandoori untuk jamuan rumah terbuka. Pasti ramai yang teruja untuk mencubanya nanti.

Bahan-bahan

2 ketul peha ayam (atau lebih)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
3 biji bawang besar
15 ulas bawang putih
2 inci hirisan halia
2 sudu kecil garam
3 biji buah pelaga
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin
2 ikat daun pudina
2 biji buah lemon atau limau
1 cawan susu cair
2 ikat daun ketumbar
sedikit pewarna merah

Cara-cara

– Potong lemon dan gunakan 1/2 sahaja untuk membuat tairu. Kemudian perahkan kedalam satu cawan susu cair. Kacau sehingga sebati. Ketepikan.
– Campurkan kesemua bahan-bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar.
– Perah satu biji lemon ke dalamnya.Kemudian masukkan tairu atau plain yogurt.
– Kisar bahan-bahan tersebut hingga sebati.
– Kemudian lumurkan bahan perapan pada ayam hingga sekata.
– Perapkan ayam didalam beg kedap udara.Hal ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam.

– Perap selama 5 jam atau semalaman.
– Bakar di dalam oven bersuhu 170C selama 1 jam. Jika anda hendak ia cepat masak, anda boleh goreng seperti biasa ataupun guna pemanggang ajaib.

– Sapukan marjerin pada ayam selepas diangkat supaya ayam nampak berkilat.

– Siap!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Siapa Kata Buat Pengat Pisang Susah?