Jika anda sedang tercari-cari resepi pencuci mulut terbaru untuk dicuba, anda boleh cuba membuat kastard tiramisu sejuk.

Bahan dan cara membuatnya sungguh ringkas ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Solehah Yusoff. Berikut merupakan bahan-bahan dan cara-cara membuatnya:

BACA: Resepi Nasi Goreng Cili Kering Kegemaran Ramai

Bahan-bahan

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
3 sudu makan gula
11 sudu makan tepung kastard
Air (sukatan sebanyak 5 tin susu yang digunakan)
Biskut marie perisa kopi
Milo
Garam

Cara-cara

– Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastard, air, gula dan garam ke dalam satu periuk. Kacau sebati.
– Kemudian, kacau hingga pekat dan berkilat di atas api sederhana.
– Masukkan aduan tadi secara lapisan di dalam bekas. Lapisan pertama, aduan kastard.
– Tabur milo dan biskut marie.
– Lapiskan biskut marie dengan adunan kastard dan tabur milo.
– Simpan dalam peti sejuk semalaman dan siap!

– P/S: Boleh kurangkan lagi sikit kepekatan kastard jika mahu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Resepi Asal Bubur McD
Resepi Potato Wedges Ala KFC

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nikmatnya Nasi Lemak Lobster Di Bumi Singapura