Biasanya jika kita pergi mengerjakan umrah atau haji, kita pasti akan membawa balik air zam zam mengikut had yang ditetapkan untuk keluarga,sanak saudara serta rakan-rakan.

Akan tetapi, ada pihak turut menjual air zam zam di premis perniagaan malah ada yang mejual secara dalam talian.

BACA: Musang King Dijual RM30 Sekilo Di Sentul

Sumber dari utusan.com.my

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menjual air tersebut memandangkan Kedutaan Arab Saudi melarang penjualan air itu di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mereka yang bersalah boleh dikenakan denda tak lebih dari RM10,000 atau penjara tak lebih dua tahun di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Menurutnya, sebanyak sejumlah air zam zam bernilai RM58,191.80 dirampas sejak tahun 2012 hingga bulan Oktober lalu.

Sumber dari disini.my

Malah, perkara ini telah dipersetujui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana bidang penguatkuasa tertakluk di bawah KKM.

“Pengimportannya memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport,” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan Arab Saudi membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma dalam kuantiti terhad sahaja untuk kegunaan persendirian dan bukannya dijadikan bahan jualan.

Kini, pihak kementerian akan mengambil tindakan kepada mereka yang didapati menjual air zam zam kerana ia tidak dibenarkan di negara ini.

Anda boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau layari laman sesawang http://moh.spab.gov.my dan www.facebook.com/bkkmhq untuk pertanyaan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Gadis Cantik Jual Nasi Ayam, Kedai Laku
Bunga Goreng Dijual Di Thailand?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tercekik Seluar? | Mail Time #4