Siapa sangka, menggunakan taktik menjual ikan RM2 lebih rendah bagi setiap kilogram berbanding harga biasa mampu meraih untung besar sebanyak RM3,000 hingga RM4,000 sehari.

Peniaga ikan tiga beradik ini iaitu Mohd Anuar Arifin, 32, Mohd Al Fatah, 30, dan Mohd Sufian, 23, nekad mengumpul duit simpanan masing-masing hingga mencukupi RM8,000 bagi menjalankan pernigaan itu sejak enam bulan lalu.

BACA: Ikan RM5 Sekilo Di Klang?

Pada awalnya, tiga beradik ini berasa bimbang untuk menjalankan perniagaan itu memandangkan terlalu banyak pesaing yang menjalankan perniagaan sama di kawasan tersebut di Jalan Kampung Kubang Jela, Manir.

Seperti sudah dijangka, pada peringkat awal perniagaan mereka tidak mendapat sambutan namun percarutan perniagaan yang berkesan dengan menawarkan harga lebih rendah membuatkan perniagaan mereka berkembang lebih cepat.

“Kami jual RM1 hingga RM2 untuk sekilogram ikan berbanding harga pasaran semasa selain menyuntik modal lain untuk berniaga sayur dan buah termasuk durian sehingga tapak niaga mendapat jolokan ‘pasar mini’ berikutan menyediakan pelbagai jenis barangan basah,” kata Mohd Al Fatah kepada Harian Metro.

Paling menyeronokkan apabila mereka mampu meraih sehingga RM8,000 sehari pada Ramadan lalu.

Menurut Mohd Anuar, sebelum ini, dua adiknya tidak mempunyai pekerjaan tetap. Namun selepas berniaga mereka mampu menjana pendapatan tetap dan boleh menyimpan untuk masa depan.

Kisah tiga beradik ini boleh dikajadikan inspirasi buat anak muda diluar sana yang mungkin berhasrat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Tahun 2017, Harga Ikan Semakin Gila!
Ikan Bilis Sajat & Fazura Laku Teruk!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!