Menu kentang goreng adalah satu snek biasa kita temui bahkan di merata tempat menjual snek ringan ini sama ada di restoran western food, kedai tomyam hatta pasar malam turut menjual snek ini. Bahkan dengan kentang goreng juga seorang anak muda dari Singapura memperolehi RM6,000 dalam masa sehari.

BACA: Anda Rasa Hidup Anda Susah? Tonton Ini Tanpa Menangis

Berumur 26 tahun, Hasif Othman memulakan konsep perniagaan kentang gorengnya yang berlainan dari yang sedia ada di pasaran apabila menggunakan pelbagai jenis sos dan limpahan cheese diatasnya.

Graduan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) itu menggunakan jenama ‘Katoshka’ yang bermaksud kentang dalam bahasa Rusia dan menjadikan ia seolah-olah satu jenama antarabangsa.

Bagi memulakan perniagaan ini, Hasif mengeluarkan model sebanyak SGD 10,000 (RM31,400) bagi tujuan research & development (R&D) untuk rasa dan juga strategi pemasaran.

Bagi memberi kelainan daripada kentang goreng yang sedia ada di pasaran, Katoshka diperbuat daripada kentang Russet gred premium dan diproses sendiri daripada awal.

Proses mengoreng juga lain daripada yang lain kerana kentang yang telah dipotong akan digoreng sebanyak dua kali bagi memberikan warna keemasan yang tersendiri sebelum dicurah dengan sos istimewa.

Antara sos yang mendapat perhatian ramai adalah salted egg yolk sauce sehingga orang ramai sanggup beratur panjang bagi merasai keunikan dan keenakkan kentang goreng tersebut.

Sehingga kini gerai miliknya ini mampu menjual lebih daripada 300 cawan kentang goreng dengan harga SGD4.9 (RM15) dan pendapatan harian mereka adalah sekitar SGD1,500 sehingga SGD2,000 (RM4,700-RM6,300).

VIDEO: Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore (ENG SUB)

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram