Pernah tak anda terfikir baju ‘kalis santau’ akan dihasilkan? Baru-baru ini jenama tempatan Sihulk memperkenalkan jubah Islamik yang dikatakan mujarab kepada pesakit mistik seperti sihir, saka dan santau.

Sihulk menjelaskan baju tersebut dijahit dengan kaedah falaq amat mujarab. Mungkinkah baju ini juga kalis sihir, saka dan penyakit-penyakit mistik? Turut diberitahu, tiada terapian ayat atau jampi.

BACA: Kurta Tayang Lurah Jadi Bahan Ketawa Netizen

Jubah tersebut dijual dengan harga RM313 sehelai dan dihasilkan Jubah pendek untuk wanita, manakala t-shirt untuk lelaki.

Menerusi Facebook, Sihulk juga turut memberitahu jika anda memakainya 6 jam terus menerus dan tiada sebarang kesan, mereka akan membayar wang semula wang RM313 setelah mereka menerima baju tersebut.

Namun bukan itu saja, PW Community memberitahu Sihulk juga turut mengeluarkan topi yang dikatakan boleh merawat stres, migrain, eczema dan insomnia. Lebih mengejutkan topi tersebut dijual dengan harga yang tidak masuk akal iaitu RM1,200 untuk bukan ahli dan RM1,000 untuk ahli.

Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan rara-rata mereka mengecam penjualan tersebut kerana seolah-olah menggunakan agama untuk menjual produk sedangkan jubah dan topi berkenaan bukannya diperbuat daripada bahan yang istimewa.

Apa pun berhati-hatilah sebelum anda membeli barangan secara atas talian supaya tidak mudah terpedaya untuk beli produk sembarangan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas