Umum mengetahui, baru-baru ini Sultan Johor mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Namun apa yang menjadi perhatian dalam pertemuan tersebut ialah Sultan Ibrahim menghantar Tun M ke lapangan terbang dengan memandu sendiri kereta Proton edisi pertama.

Nampaknya kemasyuran kereta Malaysia pertama itu menarik perhatian seorang jutawan untuk meletakkan nilai RM5 juta untuk Proton 1.

BACA: Pencipta Nama Kereta Proton Saga Meninggal Dunia

Tawaran istimewa itu dikongsi melalui satu muat naik di laman Facebook milik ahli perniagaan, Datuk Seri Zaienal Abidin.

Seorang jutawan berhasrat beli kereta PROTON 1 ini dengan harga RM5 juta jika di "auction".Sama harga dengan kereta Rolls Royce baru.

Posted by Dato Seri Zaienal Abidin on Khamis, 10 Januari 2019

Bagaimanapun, nama jutawan yang membuat tawaran itu didedahkan. Tanda harga RM5 juta itu dibuat berdasarkan nilai sentimental dan sejarah yang dimiliki Proton 1.

Menurutnya lagi, ia bukan sahaja kereta pertama keluaran Proton, tetapi juga kerana individu-individu yang pernah menggunakan kereta itu.

“Proton 1 ini pernah dipandu oleh 2 orang sultan, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Ibrahim, dan dinaiki oleh ‘2’ perdana menteri, iaitu Perdana Menteri Keempat dan Perdana Menteri Ketujuh iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?