Siapa yang selalu marah atau selalu membetulkan kesalahan ejaan orang lain, anda dianggap teruk! Ini bukan kami yang cakap, tapi ianya berdasarkan sebuah kajian. Jangan nak bengang tak tentu pasal okay!

Menurut sekumpulan ahli bahasa, mereka yang sensitif dengan kesilapan menaip dan kesilapan tatabahasa, dianggap ‘orang yang paling teruk’. Mesti ramai yang terasa kan!

BACA: Kajian: Ibu Bapa Ketagih Gajet, Anak Perangai Buruk

Kajian tersebut dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari University Michigan pada tahun 2016. Seramai 83 responden terlibat dan mereka perlu membaca e-mel yang mempunyai kesilapan ejaan dan juga tatabahasa.

Kemudian mereka diminta untuk memberikan maklumat tentang diri mereka dan pendapat mereka tentang e-mel tersebut. Mereka yang marah melihat kesilapan dalam ejaan, dianggap berfikiran sempit!

Seperti yang dijangka, kesilapan ejaan membuatkan seseorang itu menjadi marah, berfikiran sempit dan menjadi terlalu teliti.

Lebih parah apabila ada di antara mereka yang membaca sambil memaki hamun kerana terlalu banyak ejaan yang salah serta penggunaan tatabahasa yang tidak sesuai.

Hasil kajian mendedahkan, jika anda seorang yang teliti dalam penggunaan tatabahasa, ini bermakna anda seorang yang berfikiran sempit.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉